Titus James Palani, satu nama yang tidak asing lagi dalam arena sukan negara.. Siapakah beliau? Beliau adalah seorang remaja yang berjaya memikat Pasukan dari luar negara dengan aksi menimang dan menggelecek yang menakjubkan. Beliau dihantar berlatih ke Perancis pada penghujung tahun 1990-an. Namun, sehingga sekarang beliau tidak pernah pulang. Ada yang mengatakan beliau tidak dipanggil oleh Jurulatih.. Ada yang berkata beliau menolak untuk bermain. Pada zaman Alan Harris, beliau pernah dipanggil namun ditolak kerana umurnya yang masih muda. Pada tahun 2008, beliau dipanggil oleh B.Sathianathan namun alasan yang diterima menyatakan Titus tidak dapat pulang. Kini, ada berita yang mengatakan bahawa Titus telah menghubungi Jurulatih Rajagobal menyatakan kesediaannya menyarung jersey negara.
Pernahkan anda mendengar nama Brendan Gan? Bagi peminat A-League Australia, mungkin mereka mengenalinya. Brendan adalah anak berbangsa Cina kelahiran Australia. Namun ibubapanya berasal dari Malaysia. Beliau antara pemain muda yang menyerlah di A-League. Beliau layak beraksi dengan Australia memandangkan beliau dilahir dan dibesarkan di sana namun layak juga bermain untuk Malaysia memandangkan Malaysia negara asal ibubapanya. Baru2 ini, Brendan menyatakan kesediaannya bermain untuk Malaysia. Namun masih tiada jawapan dari FAM sehingga sekarang.
Selain dari itu, kenalkah anda dengan Nicholas Chan? Nicholas adalah anak kepada pemilik Kelab Cardiff City iaitu Dato Chan Tien Ghee. Dato' Chan adalah seorang businessman yang berasal dari Malaysia. Kini, Nicholas bermain untuk Kelab Cardiff City yang dimiliki bapanya. Bukan kerana bapanya memiliki Pasukan bola, namun Nicholas juga mempunyai bakat bermain bola sepak. --->Seterusnya kita ada Tam Sheang Tsung, seorang lagi pemain bola sepak dari Malaysia yang bermain diluar negara. Khabarnya Tam sekarang berada di Sao Paulo, Brazil. Ada juga yang berkata Tam berada di Jepun.
Tidak kiralah dimana mereka berada, FAM sepatutnya tidak membiarkan mereka ini terlepas. Benar kita ada Safee Sali yang kini mula digelar "SuperMokh Kedua", kita ada Norshahrul Idlan, kita ada Khairul Fahmi dan lain2, akan tetapi kehadiran pemain seperti Brenda, Titus dan lain2 akan menyemarakkan lagi serta memantapkan lagi pasukan negara. Malah, skuad 1Malaysia juga kini lengkap setelah kebanyakkan pemain negara adalah Melayu dan ada 3-4orang pemain india, jadi Jika orang seperti Brendan mula bermain bersama, skuad bola sepak kita kembali ke zaman emas dimana zaman itu, pemain dari semua kaun bermain untuk negara.

