Ads

Friday, June 24, 2011

Akhirnya.! Malaysia layak ke peringkat kumpulan.

Akhirnya, setelah lama menanti, pasukan Malaysia menang dan mara ke pusingan peringkat kumpulan.. Tahniah diucapkan.

Ini adalah satu kejayaan yang amat membanggakan setelah kita menanti begitu lama untuk mara sejauh ini. Seandainya keputusan undian memihak kita kelak, andai kata Malaysia memenangi peringkat kumpulan, Malaysia akan layak ke Olimpik setelah kali terakhir 31 tahun lalu.


Masih awal untuk kita bualkan perkara itu. Namun, itu yang kita inginkan. Berbalik kepada perlawanan malam ini, Malaysia sememangnya bermain dengan baik, walaupun selepas kehilangan khidmat Gary Steven yang dibuang padang setelah mengutip kad kuning kedua akibat mengasari pemain Lubnan.

Irfan menjaringkan gol pertama seawal minit ke 8 menerusi rembatan half volley yang menarik melepasi jangkauan penjaga gol Lubnan. 4 minit sebelum tamat separuh masa kedua, Wan Zack menjaringkan gol kedua Malaysia.

Separuh masa kedua bermula apabila kedua dua pihak saling berbalas serangan namun, harus dipuji bahagian pertahanan Malaysia yang kebal menahan asakan. 5 minit bermula, gary diberi kad kuning kedua dan sepuluh minit kemudian, Lubnan menjaringkan gol pertama mereka. namun pertahanan Malaysia berjaya menghalang setiap asakan pemain Lubnan biarpun ada beberapa ketika Khairul Fahmi diasak menerusi cubaan yang menarik.

Seterusnya, kita harus tunggu pada 7 Julai untuk mengetahui undian untuk pusingan seterusnya.

Thursday, June 23, 2011

Ayuh.! Buktikan kemampuan kita.!

Malam ini akan menjadi detik penting pasuka Olimpik kita apabila bertemu Lubnan pada saingan kedua. Seri tanpa jaringan di Beirut, bermain pula di tempat sendiri malam ini seharusnya memberikan kelebihan kepaga Pasukan Olimpik.


Hari ini, terpampang di akhbar mengenai laungan cabaran oleh bekas pemain Olimpik Malaysia tahun 1972 dan Olimpik 1980 supaya Pasukan kita kali ini mesti layak ke Olimpik 2012. Tidak keterlaluan untuk saya mengatakan bahawa kita seharusnya boleh bangkit, apatah lagi reputasi pasukan Malaysia kini semakin menaik semenjak ditabal sebagai Juara Piala AFF. Pasukan Harimau Malaya kini semakin menyinar.

Mengenai perlawanan malam ini, Lubnan mengatakan mereka tidak gentar sekalipun Malaysia memiliki "12" pemain malam ini. Mereka juga melaung amaran untuk tidak memberi peluang dan akan menghampakan Malaysia dilaman sendiri.

Saya melihat perlawanan ini dari segi khayalan, ibarat sekumpulan Harimau akan bersaing dengan pohon cedar(nickname pasukan Lubnan), bagi merebut permata beharga yang tertanam dibawah akan cedar. Mampukah sang Harimau menumbangkan Pohon Cedar dan merampas permata tersebut?

Sama-sama kita nantikan malam ini.!

Malaysia BOLEH..!!

Monday, June 20, 2011

Seri di Beirut

Nampaknya anak2 buah ong kim Swee berjaya mengharungi perlawan pusingan pertama ini denga mengikat kedudukan 0-0 di Beirut. dengan ini Malaysia seharusnya memiliki kelebihan apabila beraksi di Kuala Lumpur kelak.

terlebih dahulu, kekalahan pada 2 perlawanan persahabatan sebelum ini mungkin membantu memberi semangat kepada skuad Harimau Muda. Kekalahan kepada Kemboja dan Qatar tidak bermakna rentak kekalahan akan terus dibawa sebaliknya, kekalahan tersebut mungkin membantu para pemain kita menjadi lebih baik..

Perlawanan berikut akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 23 Jun, Khamis.. sama2 kita memberi semangat kepada pasukan Olympic.!

Saturday, April 30, 2011

Kelayakan Olimpik London 2012 - Pusingan Pertama

Selepas berjaya mengatasi Pasukan Olimpik Pakistan pada saingan kalah mati Olimpik yang lalu, Pasukan Olimpik Malaysia akan berdepan cabaran getir pada pusingan pertama Kelayakan Olimpik apabila berdepan cabaran daripada Lubnan.



Pasukan Lubanan boleh dikatakan salah satu pasukan yang kuat. Mana-mana Pasukan dari Timur Tengah mempunyai kelebihan dari segi fizikal. Bagi menghadapi pasukan Lubnan, Malaysia akan berkampung di Qatar dan menguji pasukan Olimpik Qatar pada 13 Jun ini dan berkampung di Qatar sehingga 17 Jun sebelum bertolak ke Beirut.