Ads

Sunday, December 26, 2010

Ayuh, gegarkan Stadium Bukit Jalil..!

Sejarah tercipta apabila pasukan Malaysia layak ke Final Piala AFF 2010 selepas melakukannya pada 1996.

Debaran kini tiba ke kemuncak apabila Malaysia akan bertemu Indonesia buat kali kedua dalam kejohanan ini. Ini boleh menjadi peluang untuk Malaysia membalas dendam ekoran kekalahan memalukan di Jakarta pada peringkat kumpulan yang lalu.
Pertemuan Final ini dianggap menarik kerana kedua-dua Pasukan belum pernah menjulang Piala AFF dan untuk tahun ini, Juara baru akan muncul menyertai Vietnam sebagai Juara baru untuk memecah dominasi Thailand dan Singapura yang masing2 3kali menjulang Piala AFF.

Pertembungan Pertama di Bukit Jalil akan menjadi penentu buat Malaysia menjulang Kejuaraan.. Malaysia harus menang besar bagi membawa bekalan selesa ke Gelora Bung Karno pada 29 Disember nanti.

Sekian dahulu untuk kali ini.. Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan ini baik di Stadium Bukit Jalil, di rumah mahupun di kedai mamak.