Ads

Friday, January 28, 2011

Belang minta maaf

Belang minta maaf sebab Belang langsung tak tulis mengenai Piala Asia 2011.. Belang sebenarnya sibuk dengan hal pindah rumah, bercuti dan meluang masa bersama keluarga.
Apa2 pun, Liga Malaysia akan masuk musim baru, jadi bersama2 kita memberi sokongan..

Monday, January 10, 2011

Syria kejutkan Arab Saudi.!

Pasukan kerdil, Syria berjaya menyentap ego Arab Saudi apabila berjaya mengalahkan gergasi Asia itu dengan jaringan 2-1.

Arab Saudi yang merupakan pasukan pilihan akur dengan kekalahan setelah Al-Husain menjaringkan gol kedua Syria pada minit ke-63. 3 minit sebelumnya, Al-Jassim menjaringkan gol penyamaan setelah Al-Husain menjaringkan gol pertama pada minit ke 38.

Pun begitu, Arab Saudi nyaris menyamakan kedudukan pada minit2 akhir perlawanan namun percubaan merbahaya Arab Saudi ditepis penjaga gol Syria.

Dengan kemenangan ini, Syria menduduki tangga teratas Kumpulan B dengan 3 mata, diikuti oleh Jepun dan Jordan dengan 1 mata dan Arab Saudi ditempat terakhir dengan tanpa sebarang mata.

Yoshida penyelamat maruah Jepun

Maya Yoshida menjadi penyelamat bagi pasukan Jepun setelah tanduka pada masa tambahan berjaya membantu Jepun mengikat kedudukan 1-1 dengan Jordan.

Terlebih dahulu, Jordan mendahului dengan Abdel Fatah menjaringkan gol pertama pada minit ke 45.

Sunday, January 9, 2011

China buktikan masih berbisa

Nampaknya, tembok besar memang sukar untuk dirobohkan. China menunjukkan bahawa tembok mereka masih utuh dan tak mudah untuk dirobohkan.

Dalam perlawanan semalam, China berjaya menembusi gawang Kuwait dengan 2 gol menerusi jaringan oleh Zhang Linpeng pada minit ke-58. 8minit kemudian gawang Kuwait bocor lagi dan kali ini menerusi jaringan oleh Deng ZhuoXiang.

Info menarik, perlawanan Kuwait-China diadili oleh pengadil kontroversi iaitu Ben William. Malah, seorang pemain Kuwait iaitu Musaed Neda dibuang padang pada minit ke 35. Haishh, Ben ni suka main kad merah ke?

Saturday, January 8, 2011

Kuwait vs China

Malam ini menyaksikan saingan hebat akan berlaku antara Kuwait dan China.

2 pasukan yang dianggap antara gergasi Asia akan bertembung dalam pertemuan pertama untuk saingan dalam kumpulan A. Semalam, Uzbekistan menunjukkan kekuasaan mereka apabila meranapkan impian Qatar untuk menang dilaman sendiri. Uzbekistan menjaringkan 2 gol tanpa balas.

Saksikan saingan seterusnya antara Kuwait dan China.!

Tuan rumah tumpas.!

Bertindak sebagai tuan rumah tidak memberi sebarang kelebihan apabila tuan rumah, Qatar, tewas kepada Uzbekistan dengan jaringan 2-0.

Goal pertama dijaringkan oleh Odil Ahmedov pada minit ke 58 menerusi rembatan kencang kaki kanannya. Gol kedua menyusul pada minit ke 77 hasil jaringan Server Djeparov.

Uzbekistan kini mengungguli tangga pertama dengan 3 mata. Perlawan antara Kuwait dan China akan berlangsung pada malam ini.

Friday, January 7, 2011

Kejohanan Piala Asia 2011

Bagi edisi yang belangsung di Qatar tahun ini, 16 pasukan layak ke pusingan akhir. Mereka ialah Qatar yang layak sebagai Tuan Rumah, Iraq, Arab Saudi dan Korea Selatan yang layak setelah mereka mendapat 3 tempat teratas saingan edisi 2007 dimana Iraq sebagai Juara menewaskan Saudi yang menjadi naib juara dan Korea yang memenangi tempat ketiga.

India dan Korea Utara layak menerusi kejayaan mereka menjuarai Kejohanan Piala AFC Challege Cup tahun 2008 dan 2010. 10 pasukan lain iaitu Jepun. Uzbekistan, Syria, Iran, China,  Bahrain, UAE(United Arab Emirates), Australia, Kuwait dan Jordan melayakkan diri ke pentas pusingan akhir setelah berjaya mengharungi peringkat kelayakan dimana mereka berjaya menjadi juara dan naib juara peringkat kumpulan.


Di Qatar, mereka dipecahkan kepada 4 kumpulan dan juara serta naib juara akan layak ke pusingan suku akhir. Tuan rumah, Qatar, diundi bersama Kuwait, China dan Uzbekistan dalam kumpulan A. 2 bekas juara 3kali Asia iaitu Arab Saudi dan Jepun diundi bersama Jordan dan Syria dalam kumpulan B. Korea Selatan, Australia, Bahrain dan India diundi bersama dalam Kumpulan C. Manakala Juara bertahan, Iraq, diundi bersama Korea Utara, UAE dan Iran dalam kumpulan D.

Antara pasukan yang menjadi perhatian untuk edisi ini sudah tentu Iraq sebagai juara bertahan, Jepun, Korea dan Australia sebagai pasukan pilihan kerana kejayaan di Piala Dunia yang lalu serta Korea Utara yang berjaya layak ke Piala Dunia yang lalu. Selain itu, pasukan seperti Iran dan UAE juga menjadi antara pasukan pilihan kerana mereka juga pasukan handalan Asia.

 Bersama2lah kita menyaksikan kejohanan berprestij Asia ini.!

Thursday, January 6, 2011

Piala Asia

Sejarah Piala Asia bermula pada tahun 1954 apabila 12 negara2 pengasas AFC mencadangkan 1 kejohanan peringkat serantau Asia. 2 tahun kemudian, kejohanan Piala Asia pertama berlangsung dan Hong Kong menjadi tuan rumah edisi pertama dengan 7 pasukan mengambil tempat di pusingan kelayakan. 3 pasukan teratas dari 3 kumpulan kelayakan iaitu Vietnam Selatan, Korea Selatan dan Israel menyertai Hong Kong di pusingan akhir.


Perlawanan diadakan secara Round Robin atau format liga dimana pasukan yang mengutip mata tertinggi menjadi Juara. Korea Selatan menjadi juara bagi edisi sulung tersebut. Korea menjuarai lagi sekali kejohanan tersebut pada edisi kedua. Manakala Israel pula memenangi edisi ketiga kejohanan yang dilangsungkan di Israel. 3 edisi berikutnya menjadi milik Iran.
Pada edisi ke 7 yang dilangsungkan pada 1980, Kuwait menjadi negara semenanung Arab pertama menjuarai Kejohanan tersebut, diikuti oleh Arab Saudi pada 2 edisi berikutnya. Pada tahun 1992, Jepun merampas Piala tersebut buat kali pertama dan mengembalikan piala tersebut ke Asia Timur sebelum Arab Saudi merampas semula untuk kejuaraan ketiga mereka pada 1996.

Milleneum baru disambut Jepun dengan kejayaan merampas kembali piala itu dari genggaman Arab Saudi dan sekali lagi menjadi juara untuk edisi tahun 2004. Pada tahun 2007, di kejohanan yang berlangsung julung kali di 4 negara berlainan iaitu Malaysia, Thailand, Vietnam dan Indonesia, Iraq, sebuah negara yang bergelut dengan peperangan berjaya mengejutkan ramai pihak dengan menjadi juara buat julung kalinya.

Format Kejohanan sentiasa berubah dengan beberapa edisi mula dijalankan secara round robin dengan juara dipilih berdasarkan kutipan mata tertinggi. Bemula pada tahun 1972, format diubah dengan juara dan naib juara kumpulan akan mara ke pusingan separuh akhir dan seterusnya ke akhir. Sekali lagi, pada tahun 1996, format diubah dengan memasukkan pusingan suku akhir. 


Kejohanan Piala Asia 2011 akan berlangsung di Qatar bermula pada 7 Januari dengan 16 pasukan akan bersaing bagi merebut kejuaraan yang berprestij di Peringkat Asia. Siapa yang akan berjaya memenangi kejohanan ini? Adakah Iraq mampu mengekalkan kejuaraan untuk edisi ini? Atau mampukah Iran, Jepun dan Arab Saudi merebut kejuaraan untuk kali keempat?



Sama2 kita saksikan kejohanan terunggul lagi berprestij untuk seluruh Asia yang akan berlangsung beberapa jam sahaja lagi.!

Monday, January 3, 2011

Maaf..

Belang mintak maaf sebab minggu ni belang tak update blog. Sebenarnya Belang tengah sibuk dengan pindah rumah.. Apa2 pun Belang janji belang akan buat liputan khas sempena Piala Asia yang akan berlangsung tidak berapa hari lagi..