Ads

Friday, February 18, 2011

Malaysia vs Pakistan


Rabu depan akan menyaksikan perlawanan antarabangsa pertama untuk skuad Harimau Emas kita. Selepas menjuarai Kejohanan AFF Piala Suzuki tahun lalu, tumpuan kini beralih pula ke perlawanan kelayakan Olimpik London 2012.

Ini merupakan perlawanan penting buat skuad Malaysia untuk kembali mengukir nama di persada Asia amnya dan persada dunia jika berjaya kelak. Kali ini, skuad kita yang turun bukanlah dari kalangan skuad Emas bimbingan K.Rajagobal, sebaliknya skuad bimbingan Ong Kim Swee.

Pastinya Ong merasa tekanan selepas K.Rajagobal berjaya merangkul kejuaraan bersama Skuad Malaysia dan tentunya Ong turut dipertaruhkan untuk sama mencipta kejayaan seperti K.Rajagobal. Namun, setiap jurulatih mempunyai strategi sendiri.

Pastinya Ong mempunyai ramuan untuk menghadapi Pakistan kelak. Justeru, kita berharap skuad Harimau Muda mampu menunjukkan bahawa skuad Harimau kini mempunyai 2 ekor harimau yang sama gagah dan sama hebat.!

Jangan lupa, berikan sokongan kepada mereka di Stadium Bukit Jalil.! Ayuh Harimau..!