Ads

Saturday, April 30, 2011

Kelayakan Olimpik London 2012 - Pusingan Pertama

Selepas berjaya mengatasi Pasukan Olimpik Pakistan pada saingan kalah mati Olimpik yang lalu, Pasukan Olimpik Malaysia akan berdepan cabaran getir pada pusingan pertama Kelayakan Olimpik apabila berdepan cabaran daripada Lubnan.



Pasukan Lubanan boleh dikatakan salah satu pasukan yang kuat. Mana-mana Pasukan dari Timur Tengah mempunyai kelebihan dari segi fizikal. Bagi menghadapi pasukan Lubnan, Malaysia akan berkampung di Qatar dan menguji pasukan Olimpik Qatar pada 13 Jun ini dan berkampung di Qatar sehingga 17 Jun sebelum bertolak ke Beirut.

Kelayakan Piala Dunia 2014 - Pusingan Pertama

Bulan Jun ini akan kembalinya Pasukan Harimau Emas kita untuk beraksi. 2 pasukan, dalam 2 Pusingan Kelayakan yang berbeza. Anak buah Ong Kim Swee akan berdepan cabaran dalam saingan Kelayakan Olimpik London manakala anak buah K. Rajagobal berdepan dengan Kelayakan Piala Dunia Brazil.

Keputusan undian sudah diketahui dimana Malaysia akan berdepan Chinese Taipei atau Taiwan pada saingan pusingan pertama yang akan berlangsung pada penghujung Jun dan jika Malaysia berjaya mengatasi Chinese Taipei, Malaysia akan bertemu pasukan seberang tambak iaitu Singapura dalam pusingan kedua.

Peluang Malaysia untuk mara sehingga pusingan ketiga nampak cerah dengan melihat kepada keputusan undian tersebut. Pun begitu, pasukan Malaysia tidak boleh mendang ringan cabaran daripada Taipei dan Singapura.