
Kini, hanya selangkah lagi buat skuad negara untuk mencapai kemenangan yang julung kalinya dalam sejarah penyertaannya di kejohanan Piala Tiger/ Piala AFF Suzuki. Sememangnya tekanan lebih kepada skuad negara kerana terpaksa mempertahankan kemenangan dan beraksi di tempat lawan. Akan tetapi pemain2 Indonesia juga merasai tekanan juga kerana mereka harus membuktikan kebolehan mereka dihadapa penyokong2 sendiri.
Mengimbau kembali sejarah penyertaan Malaysia di Piala AFF, Malaysia hanya ke Final sekali sejak pertandingan diadakan iaitu pada edisi sulung pada tahun 1996. Kini, selepas 14 tahun, Malaysia kembali ke arena final bagi merebut kejuaraan yang masih belum dimiliki ini.

Semoga Malaysia berjaya mengecap kejayaan penuh gemilang malam ini, InsyaAllah..