Bulan Disember menjadi bulan yang sibuk bagi skuad Malaysia kerana berlangsungnya Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010, satu kejohanan besar bagi rantau Asia Tenggara.
Bermula di peringkat kumpulan pada 1 Disember, Malaysia menentang Indonesia di gelanggang keramat mereka iaitu Gelora Bung Karno. Malaysia tewas besar kepada Indonesia dengan keputusan 1-5. Keputusan ini menggemparkan peminat2 apatah lagi kejohanan ini berlangsung tidak lama selepas Pasukan Negara bersaing dengan cemerlang di Sukan Asia Guangzhou yang berlangsung pada November.
Para pemain dikecam hebat dan kritikan mula kembali timbul dengan peminat mula mengatakan pasukan negara dijangkiti "virus" cemerlang sementara waktu.
Pun begitu, pada perlawanan kedua, Malaysia seri menentang Thailand dengan tiada jaringan.
Perlawanan ketiga dan yang terpenting, Malaysia wajib menang menentang Laos serta mengharapkan Indonesia sekurang-kurangnya seri dengan Thailand. Ternyata, Malaysia menang menentang Laos dengan jaringan besar 5-1.
Malaysia layak ke pusingan separuh Akhir dengan bertemu Vietnam. Perlawanan pertama di Stadium Bukit Jalil, Malaysia menang dengan keputusan 2-0. Manakala pada pertemuan kedua di Hanoi, kedua-dua pasukan seri dan Malaysia menang dengan aggregat 2-0. Akhirnya Malaysia layak ke pusingan final selepas 14 tahun.
Pusingan pertama perlawanan akhir akan berlangsung pada 26 Disember di Bukit Jalil manakala Pusingan Kedua di Gelora Bung Karno pada 29 Disember. Ayuh, berikan sokongan padu kepada pasukan negara.!

