Ads

Thursday, December 30, 2010

Sejarah Tercipta.!

Malam ini menjadi titik tolak yang amat penting buat bola sepak Malaysia apabila kita berjaya meraih kemenangan pertama dalam sejarah penyertaan di peringkat Asia Tenggara. Piala AFF 2010 menjadi milik Malaysia selepas memperoleh kemenangan dengan agregat 4-2.

Tanggal 29 Disember, sebaik wisel penamat ditiup menandakan sejarah telah tercipta. Biarpun tewas 2-1, tapi Malaysia menang dengan aggregat 4-2. Membawa bekalan selesa dengan jaringa 3-0 hasil kemenangan sulung di Bukit Jalil 26 Disember lalu, Malaysia  bermain dengan cemerlang apabila mampu menahan asakan bertali arus dari Indonesia. Pujian harus diberikan kepada Penjaga gawang, Khairul Fahmi yang menjalankan tugas dengan amat baik. Tidak lupa juga kepada barisan penyerang yang menjadi tonggak dengan menjaringkan gol2 berbisa. Dan tahniah juga buat seluruh pasukan Malaysia baik Jurulatih, Fisioterapist dan semua yang terlibat.

Sesungguhnya kemenangan hari ini memberi makna dalam lipatan sejarah bola sepak negara. Kita berjaya mengembalikan kegemilangan skuad bola sepak negara setelah bertahun dalam kesuraman. Kini, sinaran kegemilangan kembali menyinar.

Diharap kecemerlangan ini akan berterusan serta melayakkan Malaysia menjadi pesaing hebat peringkat antarabangsa.

Wednesday, December 29, 2010

Misi mencari kemenangan.!

Malam ini akan menjadi penentu buat skuad bola sepak negara. Sejarah mungkin tercipta jika Malaysia mampu bertahan dengan aksi dari pasukan Indonesia. Sekiranya pasukan negara menang pada malam ini,Malaysia akan menambah 1 lagi koleksi kemenangan selepas berjaya merangkul pingat emas pada Sukan Sea Laos tahun 2009.

Kini, hanya selangkah lagi buat skuad negara untuk mencapai kemenangan yang julung kalinya dalam sejarah penyertaannya di kejohanan Piala Tiger/ Piala AFF Suzuki. Sememangnya tekanan lebih kepada skuad negara kerana terpaksa mempertahankan kemenangan dan beraksi di tempat lawan. Akan tetapi pemain2 Indonesia juga merasai tekanan juga kerana mereka harus membuktikan kebolehan mereka dihadapa penyokong2 sendiri.

Mengimbau kembali sejarah penyertaan Malaysia di Piala AFF, Malaysia hanya ke Final sekali sejak pertandingan diadakan iaitu pada edisi sulung pada tahun 1996.  Kini, selepas 14 tahun, Malaysia kembali ke arena final bagi merebut kejuaraan yang masih belum dimiliki ini.

Saya, Sang Belang, dengan ini menyeru seluruh warga Malaysia baik dimana anda berada memberi sokongan kepada para pemain2 Malaysia. Semoga malam ini, sejarah akan tercipta. Kita sudah lama mengimpikan saat2 gemilang Malaysia kembali dan malam ini, peluang untuk Malaysia kembali menyinar dalam arena bola sepak terbuka dengan luas.


Semoga Malaysia berjaya mengecap kejayaan penuh gemilang malam ini, InsyaAllah..

Tuesday, December 28, 2010

Siapa Mereka?

Sesungguhnya Malaysia memiliki ramai pemain yang berlatih di luar negara. Ada juga yang bermain untuk pasukan kelab di liga antarabangsa seperti A-League, Liga Perancis, dan Liga Jepun.

Titus James Palani, satu nama yang tidak asing lagi dalam arena sukan negara.. Siapakah beliau? Beliau adalah seorang remaja yang berjaya memikat Pasukan dari luar negara dengan aksi menimang dan menggelecek yang menakjubkan. Beliau dihantar berlatih ke Perancis pada penghujung tahun 1990-an. Namun, sehingga sekarang beliau tidak pernah pulang. Ada yang mengatakan beliau tidak dipanggil oleh Jurulatih.. Ada yang berkata beliau menolak untuk bermain. Pada zaman Alan Harris, beliau pernah dipanggil namun ditolak kerana umurnya yang masih muda. Pada tahun 2008, beliau dipanggil oleh B.Sathianathan namun alasan yang diterima menyatakan Titus tidak dapat pulang. Kini, ada berita yang mengatakan bahawa Titus telah menghubungi Jurulatih Rajagobal menyatakan kesediaannya menyarung jersey negara.

Pernahkan anda mendengar nama Brendan Gan? Bagi peminat A-League Australia, mungkin mereka mengenalinya. Brendan adalah anak berbangsa Cina kelahiran Australia. Namun ibubapanya berasal dari Malaysia. Beliau antara pemain muda yang menyerlah di A-League. Beliau layak beraksi dengan Australia memandangkan beliau dilahir dan dibesarkan di sana namun layak juga bermain untuk Malaysia memandangkan Malaysia negara asal ibubapanya. Baru2 ini, Brendan menyatakan kesediaannya bermain untuk Malaysia. Namun masih tiada jawapan dari FAM sehingga sekarang.









Selain dari itu, kenalkah anda dengan Nicholas Chan? Nicholas adalah anak kepada pemilik Kelab Cardiff City iaitu Dato Chan Tien Ghee. Dato' Chan adalah seorang businessman yang berasal dari Malaysia. Kini, Nicholas bermain untuk Kelab Cardiff City yang dimiliki bapanya. Bukan kerana bapanya memiliki Pasukan bola, namun Nicholas juga mempunyai bakat bermain bola sepak. --->









Seterusnya kita ada Tam Sheang Tsung, seorang lagi pemain bola sepak dari Malaysia yang bermain diluar negara. Khabarnya Tam sekarang berada di Sao Paulo, Brazil. Ada juga yang berkata Tam berada di Jepun.




Tidak kiralah dimana mereka berada,  FAM sepatutnya tidak membiarkan mereka ini terlepas. Benar kita ada Safee Sali yang kini mula digelar "SuperMokh Kedua", kita ada Norshahrul Idlan, kita ada Khairul Fahmi dan lain2, akan tetapi kehadiran pemain seperti Brenda, Titus dan lain2 akan menyemarakkan lagi serta memantapkan lagi pasukan negara. Malah, skuad 1Malaysia juga kini lengkap setelah kebanyakkan pemain negara adalah Melayu dan ada 3-4orang pemain india, jadi Jika orang seperti Brendan mula bermain bersama, skuad bola sepak kita kembali ke zaman emas dimana zaman itu, pemain dari semua kaun bermain untuk negara.






Lagi isu kekalahan. laser atau kelemahan pemain?

Hari ini masih lagi diperkatakan mengenai hal laser yang berlaku ketika perlawanan Malaysia menentang Indonesia ahad lalu.

Benarkah laser punca kekalahan? Jawapannya TIDAK.! Hal ini diperakui oleh Alfred, jurulatih Indonesia. Malah, media2 Indonesia juga tidak berani memperkatakan hal ini kerana sebenarnya peminat2 Indonesia yang terlebih dahulu menggunakan laser.!




Gambar2 berikut adalah bukti mengenai kekalahan Indonesia yang buka berpunca dari laser.




 Ini pula bukti dimana  menunjukkan fans Indonesia yang memulakan dahulu Perang Laser. Yang menghairankan saya, kenapa mereka boleh memulakannya dahulu, akan tetapi tidak boleh menerima yang mereka terkena laser? Mereka seronok apabila Malaysia kalah dengan perbuatan "melazer", akan tetapi mengamuk apabila Timnas Indonesia terkena balik dengan cara itu..

Anda juga boleh mihat bukti video menunjukkan fans Indonesia yang terlebih dahulu menggunakan laser..
Klik SINI..

Monday, December 27, 2010

Sinaran Laser punca kekalahan?

Peminat pasukan Indonesia menyalahkan sinaran laser sebagai punca kekalahan pasukan mereka.. Beberapa gambar mula tersebar dan mendakwa itu adalah gambar2 yang berjaya ditangkap dan merakan peminat Malaysia bermain dengan laser.

OK, lihat gambar sebelah ini.. Saya melihat kecacatan di sini.. Sinaran tu amat terang dari peminat tersebut.. akan tetapi, apabila tiba dihujung, anda akan lihat cahaya terus malap dan habis disitu.. Pada saya, ini jelas menunjukkan imej photoshop.. sebab apa? Pasal saya pun tengah belajar buat sinaran laser tu untuk gambar saya.





OK, kita lihat pulak gambar ini.. --->

Terang2 kita nampak, pakaian dipakai penyokong berwarna putih. Pastu ada lelaki arab pasal ada kain yang tutup kepala tu. wow.! Pak Arab tengok malaysia lawan indonesia.. apa kejadahnya semua ini.! gambar ni sebenarnya gambar masa Argentina lawan mana ntah, main kat belah2 Dubai kalau tak salah..



Ini bukti penting. Keeper kita dilaser semasa tewas 1-5 dengan Indonesia kat Bung Karno.. Ada kita bising? Tak ada pun.

Apa2 pun, dah kalah tu terima lah..

Review 26 Disember

Perlawanan pertama final Piala AFF Suzuki memang menarik.. Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan berjaga2 dan ada melakukan counter attack.. Separuh masa kedua menyaksikan Malaysia mula mengasak Indonesia.





Bermula dengan "Raja Sehari" iaitu NorShahrul Idlan Talaha yang berjaya merampas bola dari kaki pemain Indonesia, dia menggelecek pemain2 Indonesia dan tiba di hadapan gawang, dia tidak merembat masuk biarpun peluan terbuka luas namun ditolak bola kepada Safee Sali yang peluang untuk menjaringkan lebih luas. Ternyata Safee tidak mensia2kan lalu merembat gol pertama Malaysia pada minit ke 60.

5 minit kemudian, giliran Asaari Shamsudin pula meledakkan gol kedua. Minit ke 72, Safee sekali lagi mengukir nama sebagai penjaring apabila menanduk masuk bola menewaskan penjaga gawang Indonesia..

Permainan sedikit terganggu apabila peminat Malaysia dikatakan bermain laser dan membaling mercun. Ini sememangnya diluar dugaan kerana umum mengetahui peminat2 negara sememangnya berdisiplin jika negara beraksi di peringkat antarabangsa.

Sunday, December 26, 2010

Selangkah menuju kejayaan.!

Nampaknya, Garuda patah sayapnya setelah Sang Harimau mengamuk di gelanggang Bukit Jalil.. Sang Garuda menerima 3 pukulan dari serangan Sang Harimau yang membawa kepada patahnya sayap Garuda di pusingan pertama.

Sang Harimau akan berkunjung ke gelanggang keramat Sang Garuda pada 29Disember ini. Sudah pasti Sang Garuda akan menuntut bela setelah menerima tamparan hebat ketika bertarung di Bukit Jalil.

Pasukan Malaysia menang dengan jumlah jaringan besar 3-0.


Ayuh, gegarkan Stadium Bukit Jalil..!

Sejarah tercipta apabila pasukan Malaysia layak ke Final Piala AFF 2010 selepas melakukannya pada 1996.

Debaran kini tiba ke kemuncak apabila Malaysia akan bertemu Indonesia buat kali kedua dalam kejohanan ini. Ini boleh menjadi peluang untuk Malaysia membalas dendam ekoran kekalahan memalukan di Jakarta pada peringkat kumpulan yang lalu.

Piala Suzuki AFF 2010

Bulan Disember menjadi bulan yang sibuk bagi skuad Malaysia kerana berlangsungnya Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010, satu kejohanan besar bagi rantau Asia Tenggara.

Bermula di peringkat kumpulan pada 1 Disember, Malaysia menentang Indonesia di gelanggang keramat mereka iaitu Gelora Bung Karno. Malaysia tewas besar kepada Indonesia dengan keputusan 1-5. Keputusan ini menggemparkan peminat2 apatah lagi kejohanan ini berlangsung tidak lama selepas Pasukan Negara bersaing dengan cemerlang di Sukan Asia Guangzhou yang berlangsung pada November.

Para pemain dikecam hebat dan kritikan mula kembali timbul dengan peminat mula mengatakan pasukan negara dijangkiti "virus" cemerlang sementara waktu.

Pun begitu, pada perlawanan kedua, Malaysia seri menentang Thailand dengan tiada jaringan.

Perlawanan ketiga dan yang terpenting, Malaysia wajib menang menentang Laos serta mengharapkan Indonesia sekurang-kurangnya seri dengan Thailand. Ternyata, Malaysia menang menentang Laos dengan jaringan besar 5-1.

Malaysia layak ke pusingan separuh Akhir dengan bertemu Vietnam. Perlawanan pertama di Stadium Bukit Jalil, Malaysia menang dengan keputusan 2-0. Manakala pada pertemuan kedua di Hanoi, kedua-dua pasukan seri dan Malaysia menang dengan aggregat 2-0. Akhirnya Malaysia layak ke pusingan final selepas 14 tahun.

Pusingan pertama perlawanan akhir akan berlangsung pada 26 Disember di Bukit Jalil manakala Pusingan Kedua di Gelora Bung Karno pada 29 Disember. Ayuh, berikan sokongan padu kepada pasukan negara.!

Sukan Asia 2010

Tahun ini antara tahun tersibuk bagi Pasukan Bola Sepak Malaysia. Terlibat dengan Pusingan Kelayakan Piala Asia, Sukan Asia dan Piala AFF.

Pada November lalu, pasukan negara menyertai Kejohanan Sukan Asia. Mereka diundi dalam kumpulan "maut" apabila bersama pasukan China, Jepun dan Kyrgyzstan.


Selamat Datang ke blog TTD - Sedikit mengenai Sejarah Bola Sepak Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada readers sekalian.. Page ini dicipta khas bagi menulis secara serius mengenai perkembangan bola sepak di Malaysia.

Secara sejarahnya, Football Association of Malaya (FAM) ditubuhkan pada 1933 dan berpusat di Singapura. Sebelum itu, pada 1926,FA Perak, FA Selangor, FA Negeri Sembilan, FA Melaka and Persatuan Bola Sepak Amatur Singapura telah menubuhkan Malayan Football Association (MFA) bagi membentuk Pasukan Malaya untuk melayan kunjungan Pasukan Australia yang berkunjung ke Singapura pada tahun itu. Presiden pertama FAM adalah Sir Andrew Caldecott.