Ads

Friday, June 24, 2011

Akhirnya.! Malaysia layak ke peringkat kumpulan.

Akhirnya, setelah lama menanti, pasukan Malaysia menang dan mara ke pusingan peringkat kumpulan.. Tahniah diucapkan.

Ini adalah satu kejayaan yang amat membanggakan setelah kita menanti begitu lama untuk mara sejauh ini. Seandainya keputusan undian memihak kita kelak, andai kata Malaysia memenangi peringkat kumpulan, Malaysia akan layak ke Olimpik setelah kali terakhir 31 tahun lalu.


Masih awal untuk kita bualkan perkara itu. Namun, itu yang kita inginkan. Berbalik kepada perlawanan malam ini, Malaysia sememangnya bermain dengan baik, walaupun selepas kehilangan khidmat Gary Steven yang dibuang padang setelah mengutip kad kuning kedua akibat mengasari pemain Lubnan.

Irfan menjaringkan gol pertama seawal minit ke 8 menerusi rembatan half volley yang menarik melepasi jangkauan penjaga gol Lubnan. 4 minit sebelum tamat separuh masa kedua, Wan Zack menjaringkan gol kedua Malaysia.

Separuh masa kedua bermula apabila kedua dua pihak saling berbalas serangan namun, harus dipuji bahagian pertahanan Malaysia yang kebal menahan asakan. 5 minit bermula, gary diberi kad kuning kedua dan sepuluh minit kemudian, Lubnan menjaringkan gol pertama mereka. namun pertahanan Malaysia berjaya menghalang setiap asakan pemain Lubnan biarpun ada beberapa ketika Khairul Fahmi diasak menerusi cubaan yang menarik.

Seterusnya, kita harus tunggu pada 7 Julai untuk mengetahui undian untuk pusingan seterusnya.