Ads

Sunday, December 26, 2010

Sukan Asia 2010

Tahun ini antara tahun tersibuk bagi Pasukan Bola Sepak Malaysia. Terlibat dengan Pusingan Kelayakan Piala Asia, Sukan Asia dan Piala AFF.

Pada November lalu, pasukan negara menyertai Kejohanan Sukan Asia. Mereka diundi dalam kumpulan "maut" apabila bersama pasukan China, Jepun dan Kyrgyzstan.





Pada perlawanan pertama menentang Kyrgyzstan, mereka berjaya mengatasi cabaran apabila menang 2-1 hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha dan Chanturu. Kemenangan ini memberi keceriaan kepada pemain dan peminat.

Pada perlawanan kedua menentang Jepun, seperti diduga, Malaysia kalah kepada Jepun dengan jumlah jaringan yang kecil iaitu 0-2. Jurulatih Pasukan Jepun terkejut dengan kemampuan pemain Malaysia yang mampu menghalang kemenangan besar Jepun.

Pada perlawanan ketiga, Malaysia menerima nasib malang apabila kalah 0-3, malah lebih malang 3 pemain Malaysia dibuang padang oleh pengadil Australia, Ben William. Punca hanya dari kesalahan kecil dan ini menimbulkan kontroversi terbesar sepanjang kejohanan berlangsung.

Walaupun menamatkan ditempat ketiga, Malaysia layak ke Pusingan Kedua dengan 4mata terkumpul serta antara 4pasukan tempat ketiga yang terbaik. Malaysia maju ke Pusingan Kedua menentang Iran. Dengan Kecederaan yang melanda serta diselubungi isu penggantungan pemain, Malaysia dilihat sedikit tempang di pusingan kedua kerana dikhabarkan hanya mempunyai 13 pemain yang layak main ketika itu. Ini membuatkan Jurulatih K.Rajagobal tidak mempunyai pilihan.

Keputusan Pusingan Kedua seperti diduga, Malaysia tewas kepada Iran 1-3.

Kemampuan Malaysia layak ke pusingan kedua dipuji malah, prestasi pemain untuk bersaing sememangnya membuatkan mereka layak menerima pujian.