Ads

Monday, December 27, 2010

Review 26 Disember

Perlawanan pertama final Piala AFF Suzuki memang menarik.. Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan berjaga2 dan ada melakukan counter attack.. Separuh masa kedua menyaksikan Malaysia mula mengasak Indonesia.





Bermula dengan "Raja Sehari" iaitu NorShahrul Idlan Talaha yang berjaya merampas bola dari kaki pemain Indonesia, dia menggelecek pemain2 Indonesia dan tiba di hadapan gawang, dia tidak merembat masuk biarpun peluan terbuka luas namun ditolak bola kepada Safee Sali yang peluang untuk menjaringkan lebih luas. Ternyata Safee tidak mensia2kan lalu merembat gol pertama Malaysia pada minit ke 60.

5 minit kemudian, giliran Asaari Shamsudin pula meledakkan gol kedua. Minit ke 72, Safee sekali lagi mengukir nama sebagai penjaring apabila menanduk masuk bola menewaskan penjaga gawang Indonesia..

Permainan sedikit terganggu apabila peminat Malaysia dikatakan bermain laser dan membaling mercun. Ini sememangnya diluar dugaan kerana umum mengetahui peminat2 negara sememangnya berdisiplin jika negara beraksi di peringkat antarabangsa.