Ads

Thursday, December 30, 2010

Sejarah Tercipta.!

Malam ini menjadi titik tolak yang amat penting buat bola sepak Malaysia apabila kita berjaya meraih kemenangan pertama dalam sejarah penyertaan di peringkat Asia Tenggara. Piala AFF 2010 menjadi milik Malaysia selepas memperoleh kemenangan dengan agregat 4-2.

Tanggal 29 Disember, sebaik wisel penamat ditiup menandakan sejarah telah tercipta. Biarpun tewas 2-1, tapi Malaysia menang dengan aggregat 4-2. Membawa bekalan selesa dengan jaringa 3-0 hasil kemenangan sulung di Bukit Jalil 26 Disember lalu, Malaysia  bermain dengan cemerlang apabila mampu menahan asakan bertali arus dari Indonesia. Pujian harus diberikan kepada Penjaga gawang, Khairul Fahmi yang menjalankan tugas dengan amat baik. Tidak lupa juga kepada barisan penyerang yang menjadi tonggak dengan menjaringkan gol2 berbisa. Dan tahniah juga buat seluruh pasukan Malaysia baik Jurulatih, Fisioterapist dan semua yang terlibat.

Sesungguhnya kemenangan hari ini memberi makna dalam lipatan sejarah bola sepak negara. Kita berjaya mengembalikan kegemilangan skuad bola sepak negara setelah bertahun dalam kesuraman. Kini, sinaran kegemilangan kembali menyinar.

Diharap kecemerlangan ini akan berterusan serta melayakkan Malaysia menjadi pesaing hebat peringkat antarabangsa.