Ads

Sunday, December 26, 2010

Selamat Datang ke blog TTD - Sedikit mengenai Sejarah Bola Sepak Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada readers sekalian.. Page ini dicipta khas bagi menulis secara serius mengenai perkembangan bola sepak di Malaysia.

Secara sejarahnya, Football Association of Malaya (FAM) ditubuhkan pada 1933 dan berpusat di Singapura. Sebelum itu, pada 1926,FA Perak, FA Selangor, FA Negeri Sembilan, FA Melaka and Persatuan Bola Sepak Amatur Singapura telah menubuhkan Malayan Football Association (MFA) bagi membentuk Pasukan Malaya untuk melayan kunjungan Pasukan Australia yang berkunjung ke Singapura pada tahun itu. Presiden pertama FAM adalah Sir Andrew Caldecott.




Sebenarnya, Sukan Bola Sepak bertapak di Tanah Malaya ini sejak zaman British lagi. Akan tetapi ketika itu sukan ini masih tidak teratur malah ketika Liga Bola Sepak Amatur Selangor yang berlangsung pada 1905, ia hanya terhad kepada pasukan dari sekitar Kuala Lumpur.

Pada tahun 1921, sebuah kejohanan bola sepak yang membabitkan negeri-negeri Tanah Melayu diwujudkan dan di namakan Piala HMS Malaya atau Malaya Cup, atau dikenali sejak 1963 sebagai Piala Malaysia. Ia dipertandingkan setiap tahu semenjak 1921, kecuali di zaman perang dunia.

Selepas Perang Dunia Kedua, terutama semasa Tunku Abdul Rahman menjadi Presiden FAM, FAM mula melangkah 1 tapak kehadapan, cuba memainkan peranan penting selain dari hanya menguruskan Kejohanan Piala Malaya dan memantau Persatuan seluruh Malaya. FAM menjadi antara 14 ahli pertama, AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia), badan yang bertanggungjawab memantau bola sepak untuk seluruh Asia.

Selepas merdeka, Kejohanan Pesta Bola Merdeka dibentuk sempena kemerdekaan Malaya pada 1957 dan seterusnya menjadi antara kejohanan berprestij di Asia.

Antara tahun 1970-an hingga hujung 1980-an, Malaysia mencapai kemuncak prestasinya apabila menjadi pesaing terkuat di Asia dan digeruni di seluruh Asia. Malah Malaysia ketika itu mampu bersaing menentang England, Arsenal, West Germany, Boca Junior, Jepun, Korea dan lain-lain pasukan gergasi. Zaman itu dikenali sebagai Zaman Keemasan. Ramai lagenda beraksi pada zaman itu, antaranya Arwah Mokhtar "SuperMokh" Dahari, Mendiang "Spidey" Arumugam,  Santokh Singh, James Wong, Soh Chin Aun dan ramai lagi.

Namun, sejarah hitam terpalit pada tahun 1990an setelah ramai pemain hebat ketika itu digantung setelah didapati ada antara mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam gejala rasuah bola atau mengatur perlawanan. Selain itu, Syarikat Tembakau seperti Dunhill  mula tidak dibenarkan menaja bola sepak selepas Malaysia menyahut seruan tidak kepada tembakau/ rokok yang menyebabkan Sukan Bola Sepak tidak lagi menerima tajaan mewah terutama dari Dunhill yang dikatakan bernilai RM30juta setahun. Tajaan sukan bola sepak selepas itu berkurang secara drastik dan sikatakan hanya bernilai sekitar RM3juta setahun untuk seluruh Malaysia. Ini memaksa persatuan Negeri mencari dana sendiri untuk membiaya Pasukan mereka. bagi pasukan Kelab pula, mereka mula berkurang secara drastik.

Pada tahun 2004, Liga Super Malaysia dibentuk bagi mengembalikan kegemilangan bola sepak tempatan. Selain itu, Piala Malaysia masih menjadi Piala Paling berprestij Malaysia.

Kini, pasukan Malaysia mula meningkat naik setelah beberapa langkah diambil seperti menghantar pemain dan pasukan untuk bermain di luar negara. Pasukan Harimau Muda dibentuk sebagai pelapis pemain senior. Pada Sukan Asia 2010 yang diadakan baru2 ini, pasukan bawah 23 tahun negara menunjukkan taring nya apabila mampu menyaingi China dan Jepun. Biarpun kalah, tetapi permainan yang ditunjukkan amat memberangsangkan.

Pada Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 yang masih berlangsung ketika blog ini ditulis, Malaysia layak ke Final selepas melakukannya pada tahun 1996.

Sebagai pengakhiran, saya sebagai penulis berharap Pasukan Malaysia mampu menjuarai Piala AFF buat julung kalinya.
Sekian buat masa ini..