Ads

Sunday, December 26, 2010

Selangkah menuju kejayaan.!

Nampaknya, Garuda patah sayapnya setelah Sang Harimau mengamuk di gelanggang Bukit Jalil.. Sang Garuda menerima 3 pukulan dari serangan Sang Harimau yang membawa kepada patahnya sayap Garuda di pusingan pertama.

Sang Harimau akan berkunjung ke gelanggang keramat Sang Garuda pada 29Disember ini. Sudah pasti Sang Garuda akan menuntut bela setelah menerima tamparan hebat ketika bertarung di Bukit Jalil.

Pasukan Malaysia menang dengan jumlah jaringan besar 3-0.



Gol dijaringkan oleh Safee Sali pada minit ke 60 dan minit ke 72 manakala Asaari Shamsudin menjaringkan gol pada minit ke-67.

Indonesia juga menjaringkan beberapa gol namun kesemua tidak diterima setelah pemain2 Indonesia dikesan offsaid.

Malaysia kini setapak untuk menjulang kejuaraan. Misi seterusnya adalah mempertahankan kemenangan ketika berkujung ke Jakarta Rabu ini.

Diharap Malaysia mampu menyekat kemaraan pemain2 Indonesia.