Ads

Wednesday, December 29, 2010

Misi mencari kemenangan.!

Malam ini akan menjadi penentu buat skuad bola sepak negara. Sejarah mungkin tercipta jika Malaysia mampu bertahan dengan aksi dari pasukan Indonesia. Sekiranya pasukan negara menang pada malam ini,Malaysia akan menambah 1 lagi koleksi kemenangan selepas berjaya merangkul pingat emas pada Sukan Sea Laos tahun 2009.

Kini, hanya selangkah lagi buat skuad negara untuk mencapai kemenangan yang julung kalinya dalam sejarah penyertaannya di kejohanan Piala Tiger/ Piala AFF Suzuki. Sememangnya tekanan lebih kepada skuad negara kerana terpaksa mempertahankan kemenangan dan beraksi di tempat lawan. Akan tetapi pemain2 Indonesia juga merasai tekanan juga kerana mereka harus membuktikan kebolehan mereka dihadapa penyokong2 sendiri.

Mengimbau kembali sejarah penyertaan Malaysia di Piala AFF, Malaysia hanya ke Final sekali sejak pertandingan diadakan iaitu pada edisi sulung pada tahun 1996.  Kini, selepas 14 tahun, Malaysia kembali ke arena final bagi merebut kejuaraan yang masih belum dimiliki ini.

Saya, Sang Belang, dengan ini menyeru seluruh warga Malaysia baik dimana anda berada memberi sokongan kepada para pemain2 Malaysia. Semoga malam ini, sejarah akan tercipta. Kita sudah lama mengimpikan saat2 gemilang Malaysia kembali dan malam ini, peluang untuk Malaysia kembali menyinar dalam arena bola sepak terbuka dengan luas.


Semoga Malaysia berjaya mengecap kejayaan penuh gemilang malam ini, InsyaAllah..