Ads

Thursday, January 6, 2011

Piala Asia

Sejarah Piala Asia bermula pada tahun 1954 apabila 12 negara2 pengasas AFC mencadangkan 1 kejohanan peringkat serantau Asia. 2 tahun kemudian, kejohanan Piala Asia pertama berlangsung dan Hong Kong menjadi tuan rumah edisi pertama dengan 7 pasukan mengambil tempat di pusingan kelayakan. 3 pasukan teratas dari 3 kumpulan kelayakan iaitu Vietnam Selatan, Korea Selatan dan Israel menyertai Hong Kong di pusingan akhir.


Perlawanan diadakan secara Round Robin atau format liga dimana pasukan yang mengutip mata tertinggi menjadi Juara. Korea Selatan menjadi juara bagi edisi sulung tersebut. Korea menjuarai lagi sekali kejohanan tersebut pada edisi kedua. Manakala Israel pula memenangi edisi ketiga kejohanan yang dilangsungkan di Israel. 3 edisi berikutnya menjadi milik Iran.
Pada edisi ke 7 yang dilangsungkan pada 1980, Kuwait menjadi negara semenanung Arab pertama menjuarai Kejohanan tersebut, diikuti oleh Arab Saudi pada 2 edisi berikutnya. Pada tahun 1992, Jepun merampas Piala tersebut buat kali pertama dan mengembalikan piala tersebut ke Asia Timur sebelum Arab Saudi merampas semula untuk kejuaraan ketiga mereka pada 1996.

Milleneum baru disambut Jepun dengan kejayaan merampas kembali piala itu dari genggaman Arab Saudi dan sekali lagi menjadi juara untuk edisi tahun 2004. Pada tahun 2007, di kejohanan yang berlangsung julung kali di 4 negara berlainan iaitu Malaysia, Thailand, Vietnam dan Indonesia, Iraq, sebuah negara yang bergelut dengan peperangan berjaya mengejutkan ramai pihak dengan menjadi juara buat julung kalinya.

Format Kejohanan sentiasa berubah dengan beberapa edisi mula dijalankan secara round robin dengan juara dipilih berdasarkan kutipan mata tertinggi. Bemula pada tahun 1972, format diubah dengan juara dan naib juara kumpulan akan mara ke pusingan separuh akhir dan seterusnya ke akhir. Sekali lagi, pada tahun 1996, format diubah dengan memasukkan pusingan suku akhir. 


Kejohanan Piala Asia 2011 akan berlangsung di Qatar bermula pada 7 Januari dengan 16 pasukan akan bersaing bagi merebut kejuaraan yang berprestij di Peringkat Asia. Siapa yang akan berjaya memenangi kejohanan ini? Adakah Iraq mampu mengekalkan kejuaraan untuk edisi ini? Atau mampukah Iran, Jepun dan Arab Saudi merebut kejuaraan untuk kali keempat?



Sama2 kita saksikan kejohanan terunggul lagi berprestij untuk seluruh Asia yang akan berlangsung beberapa jam sahaja lagi.!