Ads

Friday, January 7, 2011

Kejohanan Piala Asia 2011

Bagi edisi yang belangsung di Qatar tahun ini, 16 pasukan layak ke pusingan akhir. Mereka ialah Qatar yang layak sebagai Tuan Rumah, Iraq, Arab Saudi dan Korea Selatan yang layak setelah mereka mendapat 3 tempat teratas saingan edisi 2007 dimana Iraq sebagai Juara menewaskan Saudi yang menjadi naib juara dan Korea yang memenangi tempat ketiga.

India dan Korea Utara layak menerusi kejayaan mereka menjuarai Kejohanan Piala AFC Challege Cup tahun 2008 dan 2010. 10 pasukan lain iaitu Jepun. Uzbekistan, Syria, Iran, China,  Bahrain, UAE(United Arab Emirates), Australia, Kuwait dan Jordan melayakkan diri ke pentas pusingan akhir setelah berjaya mengharungi peringkat kelayakan dimana mereka berjaya menjadi juara dan naib juara peringkat kumpulan.


Di Qatar, mereka dipecahkan kepada 4 kumpulan dan juara serta naib juara akan layak ke pusingan suku akhir. Tuan rumah, Qatar, diundi bersama Kuwait, China dan Uzbekistan dalam kumpulan A. 2 bekas juara 3kali Asia iaitu Arab Saudi dan Jepun diundi bersama Jordan dan Syria dalam kumpulan B. Korea Selatan, Australia, Bahrain dan India diundi bersama dalam Kumpulan C. Manakala Juara bertahan, Iraq, diundi bersama Korea Utara, UAE dan Iran dalam kumpulan D.

Antara pasukan yang menjadi perhatian untuk edisi ini sudah tentu Iraq sebagai juara bertahan, Jepun, Korea dan Australia sebagai pasukan pilihan kerana kejayaan di Piala Dunia yang lalu serta Korea Utara yang berjaya layak ke Piala Dunia yang lalu. Selain itu, pasukan seperti Iran dan UAE juga menjadi antara pasukan pilihan kerana mereka juga pasukan handalan Asia.

 Bersama2lah kita menyaksikan kejohanan berprestij Asia ini.!